Kelas Pengenalan Kepada Perisian Microsoft Word 2013 Dan Klik Dengan Bijak
3 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 2 ogos 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Perisian Microsoft Word 2013 dan Klik dengan Bijak bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang yang telah disertai oleh 3 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Pandan yang berusia 14 tahun kebawah. Kelas ini bertujuan untuk mengajar para peserta kaedah penggunaan perisian Microsoft Word 2013 selain memberi pendedahan kepada peserta mengenai kempen Klik dengan Bijak.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Word 2013 untuk tujuan harian dan pembelajaran.
•Memberi kesedaran kepada peserta dalam berinternet dan etika semasa melayari internet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Pengenalan Microsoft Word 2013 (fungsi Microsoft Word)
•Fungsi setiap ribbon tool yang terdapat pada Microsoft Word 2013. (file, home, insert.)
•Membuat latihan yang disediakan.
•Memberi kesedaran dalam berinternet (Klik Dengan Bijak)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: